Selepas empat minggu pertempuran sengit antara pemain berpengalaman dan baru, 12 pasukan Free Fire dari Malaysia, Kemboja dan Filipina (MCP) berjaya ke pusingan akhir.
Memandangkan pusingan akhir MCP Majors Musim 3 (MCP Majors S3) sudah menghampiri, peminat permainan mudah alih Free Fire di rantau MCP boleh menjangkakan perlawanan yang sengit.
Pada pusingan akhir yang akan diadakan pada 16 April, 12 pasukan akan bertarung pada sebelah petang pada 1PM dan bukannya pada sebelah malam untuk menghormati bulan Ramadan.
Pemenang MCP Majors S3 akan dapat bersaing dengan pemain antarabangsa di Free Fire World Series (FFWS) 2022 yang akan berlangsung di Sentosa, Singapura pada bulan Mei.
Pasukan yang mendapat naib juara bagi MCP Majors Musim 3 ini turut mendapatkan ‘slot’ untuk mewakili rantau MCP.
Ini akan menjadikan dua pasukan dari rantau MCP berdiri di pentas global.
Para peminat permainan mudah alih Free Fire boleh menonton pusingan akhir ini secara langsung di Facebook, TikTok dan YouTube.
Anda semua dijemput untuk menonton dan menyokong pasukan kegemaran anda.
Sebelum pusingan akhir bermula, terdapat tiga bahagian siri rancangan yang dipanggil “Free Fire Games.”
Ia menampilkan wajah yang cukup dikenali iaitu Encik Waggor. Episod ini akan bermula pada hari ini.
Bagi mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan Free Fire MCP Majors Musim 3, anda semua boleh mengikuti Facebook, Instagram dan YouTube rasmi Free Fire Malaysia.