Kemaskini terakhir Need for Speed Heat memperkenalkan crossplay

Need for Speed Heat merupakan judul terbaru dalam siri permainan video perlumbaan Need for Speed. Ia dilancarkan pada penghujung tahun 2019 dan tujuh bulan selepas pelancarannya, pembangunnya kini bersedia untuk fokus terhadap projek baharu.

Pembangun Need for Speed Heat, Criterion Games, telah mengumumkan bahawa kemaskini seterusnya buat judul tersebut merupakan kemaskini terakhir. Ia boleh dimuat turun bermula pada 9 Jun 2020 dan akan memperkenalkan fungsi crossplay.

Crossplay membenarkan pemain PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One untuk bermain bersama-sama. Jika anda mempunyai versi Need for Speed Heat yang berbeza dengan rakan-rakan anda, kini ia tidak lagi menjadi masalah.

Selepas pelancaran kemaskini ini, Criterion Games akan memulakan usaha terhadap membangunkan permainan seterusnya dalam siri Need for Speed.

Sumber: Electronic Arts

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+