Kenapa skuad MLBB Indonesia pulang awal di Sukan SEA?

Salah satu kejutan yang berlaku di acara MLBB adalah pasukan Indonesia yang tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas di tangan Kemboja dan Myammar.

Indonesia telah membawa skuad yang dibarisi bintang-bintang daripada pasukan gergasi di Indonesia.

Mereka merupakan salah satu negara yang melakukan pemilihan untuk ke Sukan SEA.

Indonesia diwakili oleh Albert, Vyn (RRQ), Sanz, Kiboy (ONIC ID), DreamS, Branz dan Saykots (EVOS) dilatih oleh Zeys dengan bantuan TaxStump dan Adi.

Ramai menjangka Indonesia akan menamatkan dominasi Filipina di Sukan SEA yang masih memegang pingat emas daripada edisi pertama sehingga edisi terkini.

Namun, mereka tersingkir pada hari pertama acara MLBB lelaki.

Salah satu punca pasukan Indonesia tewas adalah disebabkan mereka tidak membawa masuk Roamer ONIC Esports iaitu Kiboy.

Ini merupakan kunci utama untuk pasukan Indonesia kerana Sanz yang juga bermain untuk Onic Esports sudah semestinya mempunyai keserasian dengan Kiboy.

Terdapat segelintir peminat yang mengkritik keputusan Zeys kerana tidak menurunkan Kiboy untuk perlawanan di antara Kemboja dan Myammar.

Roamer yang diturunkan Zeys iaitu DreamS seperti tidak dapat mengikut corak permainan Sanz yang lebih dikenali sebagai seorang pemain Mid Laner yang agresif.

Keserasian keseluruhan ahli pasukan Indonesia nampak seperti kurang berbanding dengan pasukan seperti Kemboja di mana banyak kesilapan yang dilakukan telah dihukum oleh pasukan tuan rumah.

Walaupun MPL Indonesia telah tamat lebih awal berbanding MPL di wilayah lain, mereka nampak seperti tidak bersedia untuk menghadapi perlawanan di Sukan SEA.

Skuad Indonesia terlalu yakin ketika menentang Kemboja serta tidak menghormati mereka kerana terdapat masa sering melakukan recall ketika selesa mendahului perlawanan itu.

Mereka lebih fokus untuk kill daripada mengambil objektif.

Apabila pasukan Kemboja berjaya mengawal semula permainan di fasa akhir, pasukan Indonesia gagal meenghentikan momentum yang di bawa pasukan tuan rumah lalu tewas selepas 35 minit.

Lazimnya, apabila perlawanan diheret sehingga minit ke-20, ia hanya bergantung kepada makro, mikro, mekanik serta keserasian pasukan itu untuk memenangi perlawanan tersebut.

Myammar menguburkan harapan Indonesia untuk ke pusingan seterusnya di mana Myammar menunjukkan satu persembahan yang menakjubkan untuk menewaskan gergasi MLBB itu.

Terdapat segelintir ahli komuniti menyatakan bahawa kekalahan ini sangat penting kerana ia membuka mata pemain Indonesia di mana negara lain semakin bertambah baik dan lebih kuat daripada edisi lalu.

Ada yang menyatakan bahawa apabila tiada import untuk pasukan Indonesia maka mereka tidak boleh menang perlawanan di pentas dunia.

Indonesia sudah semestinya mahu kembali semula ke pentas dunia dengan lebih kuat pada masa hadapan.

RELATED NEWS

+