Kenapa V33Wise tak sertai MPL PH S9? Ini jawapan Blacklist International

Blacklist International adalah pasukan Mobile Legends Bang Bang yang berasal dari Filipina. Pasukan ini mendominasi arena kompetitif dengan menjuarai kedua-dua MPL PH Musim Ke-7 dan Ke-8, malah juga menjuarai kejohanan MLBB terbesar di dunia, M3 World Championship.

Selepas kejohanan dunia, OhMyV33nus serta Wise mengumumkan bahawa mereka akan berehat buat seketika pada musim hadapan.

Menurut Tryke Gutierrez, CEO Tier 1 Entertainment dan pemilik Blacklist International, duo berbisa itu mengambil rehat dari media sosial dari segi mental dan fizikal. Ini susulan kes di mana mereka menerima komen berbaur homofobik dari pemain Omega Esports, Kelra, serta netizen.

Gutierrez juga memaklumkan bahawa duo dinamik sudah bermain Mobile Legends sejak sebelum permainan itu menjadi besar. Beliau merasakan inilah sebabnya duo itu pasti berhak dan memerlukan rehat yang diperoleh dengan susah payah.

Selain itu, Gutierrez meneliti juga permainan Bren Esports di mana ia jelas bahawa barisan pemain Bren Esports keletihan dan tidak bermain seperti mana mereka sepatutnya bermain.

“Saya rasa selepas M2, tekanan terlalu tinggi bagi Bren Esports dan rasanya mereka perlu memenangi semua perlawanan mereka,” kata Gutierrez tentang prestasi Bren Esports.

“Jika anda mampu mengalahkan Bren Esports, ia seperti anda mengalahkan juara dunia, jadi setiap perlawanan bagi mereka adalah seperti perlawanan grand final,” sambungnya lagi.

Jadi, itu punca mengapa duo V33Wise direhatkan, agar mereka tidak tertekan untuk kejohanan-kejohanan masa hadapan.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+