Server Fortnite China ditutup

Berikutan kekurangan sambutan dan dan tidak mampu untuk mengewangkan Fortnite di China, Epic Games akhirnya terpaksa menutup terus server di negara itu. 

Proses penutupan server Fortnite di China akan bermula pada 1 November ini di mana semua pembuatan akaun baru akan dihentikan dan penutupan terus server permainan battle royale itu akan dilakukan pada 15 November ini.

Buat pengetahuan anda, Fortnite di China adalah berbeza berbanding di negara-negara lain berikutan kekurangan transaksi mikro seperti pembelian V-Bucks kerana ia melanggar undang-undang negara itu. 

Selain itu, pemain juga mempunyai kekurangan akses kepada kosmetik dan perubahan pada visual kosmetik di dalam permainan. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+