LCQ NA ditangguh lagi

Selepas ditangguh hampir dua minggu sebelum ini, kali ini VCT Last Chance Qualifier Amerika Utara ditangguh lagi berikutan ketiadaan bekalan elektrik akibat cuaca buruk yang melanda pantai barat benua itu. 

Keadaan ini memaksa pasukan Cloud9 Blue dan Rise menghentikan perlawanan mereka akibat gangguan ini. Perlawanan mereka akan disambung semula pada 28 Oktober, 2.00 pm CT (29 Oktober, 3.00 pagi waktu Malaysia).

Jadual-jadual perlawanan lain akan diubah mengikut perlawanan itu.

Sebelum ini, VCT LCQ NA ditangguh selepas dua pemain daripada FaZe Clan disahkan dijangkiti Covid-19 dan memaksa kejohanan kelayakan itu diadakan secara atas talian sepenuhnya. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+