Legenda EVOS Legends, Luminaire, kembali untuk MPL ID Musim 8

Selepas mengumumkan untuk berehat, Luminaire mengumumkan dia akan kembali ke kejohanan itu bagi membantu EVOS Legends mempertahankan takhta mereka di Musim 8. 

Pengumuman kembalinya Luminaire ke MPL ID Musim 8 ini dibuat di saluran YouTube EVOS TV, baru-baru ini. 

Ihsan ‘Luminaire’ Berasik sebelum ini dikatakan pernah beberapa kali menyatakan bahawa dia akan bersara daripada kejohanan profesional selepas Musim 7, kerana letih dengan sistem latihan profesional. 

“Saya di sini bermula daripada kosong semula. Saya adalah pendatang baru dan saya tidak akan mengganggu atau merosakkan apa yang mereka sudah berlatih semasa ketiadaan saya,” katanya.

Sebelum ini, Luminaire juga pernah mengumumkan berehat pada MPL ID Musim 6 untuk menyambung pendidikannya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+