Lemon berkemungkinan bermain di MPLI? ini jawapan CEO – Andrian

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021) kini sudah hampir bermula. Ia akan berlangsung pada 2 November ini dan peringkat Grand Final akan berakhir pada 7 November.

Salah satu pasukan dari Indonesia iaitu RRQ Hoshi menyatakan hasrat mereka untuk memberikan usaha yang terbaik untuk kejohanan kali ini meskipun fokus mereka pada Kejohanan Dunia M3.

CEO pasukan itu iaitu Andrian menyatakan akan ada muka-muka baru untuk MPLI 2021. Pengumuman itu dibuat semasa siaran langsung di laman sosial Instagram beliau.

“Fokus kami adalah menjadi juara, ramai netizen mengatakan fokus kami hanya pada M3. Tidak benar sama sekali, kami fokus menjadi juara untuk dua kejohanan ini” ujarnya.

Andrian juga memberitahu bahawa Lemon tidak pernah mengatakan beliau akan bersara dan memesan agar pesaing di luar sana supaya berhati-hati. Adakah dengan pengumuman ini, kita akan dapat melihat kemunculan Lemon di MPLI? Kita bakal saksikan pada 2 November ini.

20 pasukan akan bertanding di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) untuk mendapat gelaran juara, piala dan juga wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS100 ribu (RM414 ribu).

Sumber: @emak_moba

 

RELATED NEWS

+