Lemon tak akan main kompetitif sepanjang tahun ini?

Ikon Mobile Legends di Indonesia, Muhammad Ikhsan “Lemon” dikhabarkan tidak akan bermain langsung untuk sesi kompetitif bagi tahun ini.

Malah, pemain RRQ Hoshi itu dikatakan juga tidak akan buat kemunculan sama sekali di Liga Profesional MLBB Indonesia (MPL ID) musim ketujuh kali ini termasuklah playoff.

Sudah tujuh minggu, kelibat Lemon masih juga tak kelihatan.

Menurut rakan pasukannya, Wizzking dalam satu video MPL Quickie menguatkan lagi dakwaan tersebut.

“Besar kemungkinan Lemon tak akan main langsung untuk tahun ini.

“Kalau pada pendapat saya, sedih sebab tak ada Lemon. Sebagai  peminat juga, saya nak dia main tapi sejak M2 hari itu, dia pun ada kata nak rehat.

“Tapi kalau dia mahu kembali bermain, terpulang kepadanya,” kata Wizzking. 

Tahun ini juga ada tiga kejohanan lain selepas MPL ID S7 iaitu musim kelapan, MSC dan juga kejohanan dunia, M3. Justeru, jika Lemon tak bermain, makanya menunjukkan RRQ Hoshi bakal mengetengahkan bakat baru.

Lemon sebelum ini juga berniat untuk memenangi kejohanan dunia sebelum pencen daripada kompetitif.

RELATED NEWS

+