M3: Perjalanan BTK tamat di sini

Permainan terakhir peringkat playoff hari kelapan Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pasukan BTK akan bertemu dengan pasukan Blacklist International bagi mendapatkan slot ke Grand Final.

Pasukan BTK mengalami kesukaran di dalam perlawanan pertama dan kedua, corak permainan mereka dibaca dan draft yang dikeluarkan dari pasukan Blacklist International lebih di kedua-dua perlawanan.

Di perlawanan ketiga, BTK menghentikan kemaraan pasukan Blacklist International dari ke peringkat seterusnya.

Roger yang digunakan oleh Mobazane mengganas di dalam peta dengan bantuan yang diberikan oleh pasukannya.

Perlawanan keempat menyaksikan pasukan BTK mencuba nasib mereka untuk menyamakan kedudukan.

Namun begitu, perjalanan mereka kini terhenti di Kejohanan Dunia M3 selepas pasukan Blacklist International lebih menyerlah dengan pemilihan Aldous sebagai jungler.

Pasukan Blacklist International akan bertarung di peringkat Grand Final esok untuk menentukan juara M3.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan BTK kerana mereka berjaya mendapat tempat ketiga meskipun tanpa jurulatih dan juga penganalisis.

 

 

 

RELATED NEWS

+