M3: RRQ Hoshi vs ONIC PH mencatat rekod jumlah tontonan tertinggi

Kejohanan e-sukan Mobile Legends menyaksikan peningkatan jumlah tontonan dari seluruh dunia dari tahun ke tahun. 

Sebelum ini, pemegang rekod jumlah tontonan adalah Kejohanan Dunia M2 di mana pasukan Bren Esports bertarung dengan pasukan Burmese Ghouls di peringkat Grand Final.

Kini, pemegang rekod itu mula diambil oleh di perlawanan semalam iaitu RRQ Hoshi melawan ONIC PH. Jumlah tontonan itu meningkat kepada angka 3,183,947.

Perlawanan pada hari semalam boleh dikatakan sangat sengit dari aksi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Namun begitu, RRQ Hoshi gagal menghentikan kemaraan pasukan ONIC PH yang sangat berdisiplin menunggu peluang untuk melakukan comeback.

Adakah kita dapat menyaksikan rekod ini dipecahkan sekali lagi selepas ini? 

RELATED NEWS

+