Mario Dan Pelbagai Karakter Nintendo Bakal Jadi Tarikan Di Universal Studios Singapura

Super Nintendo World yang menampilkan karakter Nintendo kesukaan ramai seperti Mario bakal menjadi tarikan utama di Universal Studios Singapura.

Usaha ini direalisasikan dengan pelaburan sebanyak S$9 billion (RM27 billion) dengan pembesaran teman tema yang menampilkan Super Nintendo World dan juga Minion Park khas untuk peminat filem animasi Despicable Me.

Yippie! Singgah ke negara jiran untuk jumpa Mario

Korang tak perlu pergi jauh-jauh ke New York untuk Nintendo Store rasmi atau Universal Studios Jepun untuk merasai keseronokan dan aksi pengembaraan game Nintendo seperti korang masuk ke dalam dunia Super Mario. Tarikan ini menampilkan deretan kedai dan restoren bertemakan Nintendo. 

Rollercoaster Despicable Me Minion Mayhem

Minion Park pula diinspirasikan oleh Minion yang selalu di sisi protagonis utama, Gru dalam Despicable Me. Antara menarik tentang Minion Park adalah roller coaster 3D dipanggil sebagai Despicable Me Minion Mayhem. Turut serta, barangan bertemakan Despicable Me boleh didapati di seksyen tarikan ini.

Tarikan Minion Park dihiasi oleh Minion

Menurut Channel News Asia, pihak Resorts World Sentosa mengesahkan pembinaan tarikan-tarikan ini akan diadakan secara berperingkat bermula dari 2020 dan bakal siap dibina pada 2025. 

Terima kasih, Kakuchopurei.

RELATED NEWS

+