Mobile Legends capai 2.2 juta jumlah penonton serentak ketika Sukan SEA

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) baru-baru ini memecahkan lagi rekod jumlah penonton mereka.

Kali ini di Sukan SEA ke-31 dengan 2.2 juta jumlah penonton serentak.

Ini membuktikan MLBB mempunyai populariti paling tinggi di rantau Asia Tenggara.

Tahun lepas MLBB menjadi permainan video mudah alih paling banyak ditonton iaitu dengan 386.8 juta jam.

Kini edisi ke 31 Sukan SEA memecah rekod dengan 2.2 juta jumlah penonton serenak berbanding di Sukan SEA 2019.

Ini adalah peningkatan sebanyak 10 kali ganda dari Sukan SEA sebelum ini.

Trafik yang tinggi ini juga disebabkan perlawanan akhir di antara Pasukan Filipina dan Pasukan Indonesia.

Kedua-dua pasukan juga mempunyai barisan pemain yang bukan calang-calang seperti dari Blacklist International (Juara M3), EVOS Legends, RRQ Hoshi, dan ONIC Esports.

Ketua pasukan skuad Filipina pula adalah PHI VILLALUNA bersama PHI DEL ROSARIO, Imam, dan PHI ALABA.

Bagi pasukan Indonesia juga mempunyai banyak nama dari dunia profesional MLBB Indonesia seperti Alberttt, Kiboy, CW, R7, VYN dan SANZ.

Di Sukan SEA pula Mobile Legends jauh ke hadapan dari League of Legends Wild Rift, FIFA Online 4, Free Fire dan PUBG Mobile.

RELATED NEWS

+