Mobile Legends: Saiyan Reborn Teruskan Rentak Cemerlang

Juara MPL MY/SG musim kedua, Saiyan Reborn meneruskan rentak cemerlang mereka kali ini di Selangor Cyber Games 2018 berdepan Justice Gaming dan menerima kemenangan mudah 2-0 di Top 16!

Saiyan Reborn terdiri daripada kapten pasukan Akmal Afi Uzair Daud (Silo), Muhd Nurhafis Jamiran (Evil), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Saw Kee Loong (Loong), Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai (Lacid) dan Muhd Aiqal Amran (Jinn).

Pada perlawanan pertama, mereka bermula dengan line up yang agak sama seperti MPL S2, menggunakan kekuatan 3 assassins iaitu Selena, Lancelot dan Helcurt. Ditambah pula dengan Chou dan Grock yang sangat tanky memudahkan mereka untuk mendapatkan kills sebanyak mungkin. Stun daripada Selena yang asyik mengena juga membantu mereka mendapat gold leading.

Pada minit kelima, mereka terus bermain agresif di top lane, memaksa Justice Gaming berundur dan terpaksa berlawan di turret kedua. Bagaimanapun, pertahanan mereka gagal apabila Chou yang dimainkan Silo selamat dari disasarkan oleh Aldous dan seterusnya menyebabkan lebih banyak kematian selepas itu.

Kurang dari 10 minit, mereka terus mendapatkan tower pertama dengan mudah. Loong dan Rynn yang mengganas sukar dihentikan dari terus mendominasi. Dengan bantuan Lord yang menuju ke midlane, Saiyan Reborn berjaya menamatkan permainan pada minit ke-10, mengekalkan momentum mereka bagi meneruskan perlawanan kedua dengan penuh bergaya.

Pada perlawanan kedua, Saiyan Reborn membuktikan draft mereka lebih superior dengan pick Selena sekali lagi diberikan kepada MVP MPL MY/SG musim kedua iaitu Loong. Ditambah dengan Claude, mereka nampaknya ingin membawa game ini ke teamfight dengan bantuan Akai.

Tapi disebabkan teamfight mereka kurang menyinar, maka Saiyan Reborn cuba split push dengan Rynn yang mendapatkan tower kedua di bottom lane pasa minit ke-6. Loong pula cuba mendapatkan tower ketiga di top lane apabila Justice Gaming sibuk dengan teamfight di midlane tapi gagal.

Bagaimanapun Rynn berjaya mendapatkannya dengan cubaan backdoor. Mereka juga berjaya mendapatkan Lord pada minit ke-10. Permainan itu kemudiannya diakhiri dengan push sehingga Crystal yang pecah.

Tahniah kepada mereka!

Selangor Cyber Games 2018 mengumpulkan 6 permainan e-sukan dengan hadiah wang tunai terkumpul RM250,000. Ia diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga Ahad di Empire City, Petaling Jaya, Selangor.

Anjuran kali kelima ini adalah dari Mineski Events Team Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Big Machinez.

RELATED NEWS

+