Mod Battle Royale Bagi Battlefield 5 Ditundakan Ke Tahun Hadapan

Baru-baru ini, Electronic Arts (EA) dan pembangun EA DICE umumkan pelan garis masa menunjukkan kandungan langsung (live update) selepas pelancaran Battlefield 5.

Sebagaimana korang tahu sebelum ini, mod battle royale bakal diperkenalkan buat kali pertama dalam game first-person shooter pada zaman Perang Dunia ke-2 tetapi mod ini tidak akan disertakan secara serentak pada hari pelancaran rasmi iaitu pada 20 November 2018.

Menurut satu post dalam blog rasmi, mod Battle Royale atau dikenali sebagai Firestorm akan berubah waktu ke bulan Mac 2019.

EA berkata mod Firestorm akan memberikan pengalaman battle royale “lain daripada yang lain” yang boleh memuatkan 64 pemain dan dipecahkan sebanyak 16 pasukan terdiri daripada 4 orang pemain. 

Dalam trailer yang ditonjolkan pada awal September, pemain boleh bergerak seiring dengan skuad masing-masing sambil naik kereta kebal dan merempuh bangunan.

Selain itu, EA menerangkan secara terperinci tentang kandungan akan datang selepas pelancaran game ini yang diberi nama “Tides of War”.

Tides of War akan dimulakan dua minggu selepas hari pelancaran. Pelan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Overture, Lightning Strikes dan Trial by Fire.

Bab pertama, “Overture”membawakan kempen tambahan single-player dalam bentuk “War Story” berjudul “The Last Tiger” bakal dimulakan pada awal Disember dan Januari.

Tiada Season Pass diperlukan dan semua kandungan ini akan dilancarkan secara percuma bagi mereka yang telah membeli Battlefield 5.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+