Mod Minecraft Berdasarkan Dunia Harry Potter Dilancarkan

Antara sebab mengapa Minecraft masih kekal sebagai antara permainan video paling popular di dunia ialah kerana ia mempunyai beribu-ribu mod yang mampu menambah pelbagai kandungan baru.

Witchcraft and Wizardry merupakan sebuah mod Minecraft yang mewujudkan sekolah sihir Hogwarts dari siri Harry Potter. Ia dibangunkan oleh sekumpulan modders bernama The Floo Network dan kini dilancarkan sepenuhnya Java Minecraft versi 1.13.2.

Selain daripada mengandungi pembinaan Hogwarts yang mirip dengan Hogwarts sebenar, ia juga mempunyai pelbagai aktiviti lain. Anda boleh terbang menggunakan batang penyapu ibarat bermain Quidditch dan juga menyelesaikan banyak puzzle menggunakan kuasa sihir.

Jika anda merupakan seorang peminat siri buku dan filem Harry Potter, mod ini boleh memberikan anda pengalaman permainan video Harry Potter yang anda carikan selama ini.

Anda boleh muat turun mod ini secara percuma di Planet Minecraft.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+