Monster Hunter World: Iceborne Akan Menambahkan Dua Lagi Raksasa Baharu

Pada 23 April 2020, Monster Hunter World: Iceborne akan menerima kemaskini versi 13.5 dan ia akan memperkenalkan dua raksasa baharu iaitu Master Rank (MR) Kulve Taroth dan Arch-Tempered (AT) Namielle melalui Event Quests tempoh terhad.

Jika anda pemain tegar Monster Hunter World, anda semestinya sudah pernah berhadapan dengan Kulve Taroth melalui siege quests yang diperkenalkan sebelum ini. Menurut pembangun, kali ini anda akan terus memburu MR Kulve Taroth tanpa fasa siege.

Bahan-bahan yang diperoleh daripada MR Kulve Taroth boleh digunakan untuk menambahbaik kelengkapan yang ditukang semasa siege quests Kulve Taroth.

Antara kelengkapan baharu yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan MR Kulve Taroth.

AT Namielle pula merupakan versi Namielle yang lebih kuat berbanding versi tempered. Jika anda berjaya memburunya, anda akan peroleh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat kelengkapan baharu.

Kelengkapan baharu yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan AT Namielle.

Kemaskini versi 13.5 akan dikeluarkan pada 23 April 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Pada waktu ini, acara Full Bloom Fest sedang berlangsung dalam Monster Hunter World dan ia akan berakhir pada 7 Mei 2020. Pemburuan Safi’jiiva juga masih boleh dilalukan.

Sumber: Capcom

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+