Pada penghujung bulan April tahun ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka terpaksa menangguhkan pelancaran kemaskini terbaru Monster Hunter World: Iceborne yang mengandungi raksasa Alatreon. Kemaskini tersebut kini telah diberi tarikh pelancaran baharu.
Monster Hunter World: Iceborne Title Update 4 akan dilancarkan di PC dan konsol pada 9 Julai ini. Sebuah video Developer Diary akan ditayangkan di YouTube dan Twitch pada 3 Julai untuk memberikan penerangan tentang kandungan dalam kemaskini tersebut.
Satu lagi pengumuman penting yang dibuat ialah semua Event Quests akan kembali kepada kitaran biasa bermula dari 8 Julai. Oleh itu, anda patut melakukan tugasan tersebut sementara ia masih aktif.
Sumber: Capcom Unity
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.