Monster Hunter World PC Menambah Masuk Deviljho Untuk Content Update Pertama!

Pemain akhirnya dapat memburu raksasa Deviljho untuk Monster Hunter World di versi PC dan Capcom juga membaiki beberapa masalah sambungan ketika bermain online.

Buat pertama kali dalam sejarah siri Monster Hunter, Monster Hunter World merupakan satu-satunya game yang dilancarkan untuk PC pada 10 Ogos 2018. Monster Hunter World adalah sebuah game action role-playing game di mana korang bermain sebagai seorang pemburu bagi memburu raksasa dengan menggunakan pelbagai perangkap dan senjata. Jika korang berjaya menangkap raksasa berkenaan, korang boleh menukarkan bangkai raksasa itu untuk menaiktarafkan perisai dan juga senjata pemburu korang.

Ketika Monster Hunter World dilancarkan untuk PC pada Ogos lepas, game ini tidak menerima content yang sama seperti versi asal PlayStation 4 dan Xbox One yang dikeluarkan pada awal tahun ini. Monster Hunter World terus mencatat rekod menjadi game dibangunkan oleh Capcom paling laris terjual.

Selepas beberapa bulan di PC, update content pertama adalah raksasa kelas besar bernama Deviljo. Deviljho adalah raksasa tahap tinggi, hanya boleh didapati dalam quest enam atau tujuh bintang.

Deviljho akan menerjah terus ke quest korang selepas korang sudah menyelesaikan quest penyiasatan berjudul “??? Rathian” dalam main story. Namun, korang akan diberi misi untuk memburu Deviljho setelah korang sudah memenuhi syarat-syarat tertentu.

Kalau korang asyik terputus semasa memburu raksasa bersama orang lain, jangan risau. Capcom juga menaiktarafkan masalah sambungan online dalam patch terbaru mereka. Lebih-lebih lagi, patch ini akan bantu untuk menyambung kembali kepada host yang putus sambungan dalam satu sesi dan muncul satu mesej ralat kalau cubaan sambungan tidak berjaya.

Dengan penambahan Deviljho untuk Monster Hunter World di PC, ini mungkin adalah permulaan pertama dan diharapkan content lain seperti Elder Dragon Lunastra dan Kulve Taroth akan menyusul selepas ini.

Sumber: VG 24/7

RELATED NEWS

+