MOONTON Games bekerjasama dengan Garudaku Academy untuk pembelajaran ekosistem e-sukan Indonesia

Moonton Games baru-baru ini berkolaborasi dengan Garudaku Academy di bawah Program CSR MOONTON Games.

Menerusinya, pelancaran Fostering The Legends dibuat untuk mengurangkan jurang celik digital kawasan luar bandar dan membantu orang ramai diberi kemudahan untuk mengembangkan ekonomi digital terutama dalam menggilap bakat atlet e-sukan muda.

“Ada ratusan pelajar dari tujuh sekolah Jawa Timur yang akan menjadi wakil gabungan MOONTON Cares dan Garudaku Akademi. Kami akan mengadakan program latihan akademi e-sukan termasuk program untuk pelajar yang berminat memasuki industri e-sukan.

“Malah bukan sahaja atlet, peluang untuk menjadi pengadil, pengulas, pempengaruh atau pencipta kandungan juga ada,” ujar Azmin Nugraha selaku Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi MOONTON Games Indonesia.

Dalam memorandum persefahaman ditandatangani antara MOONTON Games dan Garudaku Academy, pembangun Mobile Legends itu akan menderma telefon pintar untuk sekolah-sekolah.

“Kami berharap pelajar dapat mempraktikkan penggunaan telefon pintar bukan sahaja untuk belajar dan teori, tetapi juga untuk penggunaan dunia sebenar terutama sekali pendidikan,” tambah Azwin.

Garudaku Academy adalah satu akademi e-sukan di bawah Lembaga Eksekutif E-Sukan Indonesia yang memupuk bakat e-sukan melalui pendidikan.

RELATED NEWS

+