MPL ID: Alter Ego tidak terkalah setakat ini

MPL Indonesia musim kelapan sudah mengakhiri minggu ketiga, Alter Ego berada di kedudukan teratas dengan skor 5-0. Mereka masih memegang rekod tanpa kalah setakat ini.

Perkara ini sudah berlaku pada musim ketujuh di mana mereka menunjukkan prestasi begitu baik pada peringkat awal regular season akan tetapi momentum itu tidak kekal lama selepas Moonton melancarkan patch terbaru.

Selain itu, RRQ Hoshi yang mengalami kekalahan sebanyak dua kali berada di kedudukan kedua selepas mereka berjaya memenangi El Classico terhadap EVOS Legends baru-baru ini.

Pasukan BTR yang cemerlang pada minggu pertama sudah kehilangan momentum mereka pada minggu kedua dan ketiga. Mereka terus mengalami kekalahan demi kekalahan dan bintang terbaru mereka, Bottle masih belum sempat bermain untuk musim kali ini.

Adakah pasukan BTR mampu bangkit semula untuk minggu keempat ini menentang Onic Esports dan Geek Fam. Kita bakal saksikan perlawanan mereka bermula pada hari jumaat ini.

 

RELATED NEWS

+