MPL ID: El Clasico terbaru cecah 2.8 juta tontonan

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sering mendapat perhatian dari semua peminat MLBB di Indonesia.

Kedua-dua pasukan ini dikatakan mempunyai peminat yang paling ramai ketika ini. 

Terdahulu, El Clasico mencatat 1.7 juta tontonan. Satu pencapaian yang sangat hebat untuk permainan peranti mudah alih ini.

Namun begitu, di El Clasico yang terkini pada minggu terakhir di mana RRQ Hoshi muncul juara mencatatkan jumlah tontonan meningkat kepada 2.8 juta.

Ia menjadi satu rekod baru untuk kedua-dua pasukan itu. Adakah pertemuan El Clasico selepas ini akan memecahkan rekod yang sedia? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Dailyspin

Sumber: MPL ID

RELATED NEWS

+