PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: Onic Esports tidak mudah luntur, 2-0 ke atas BTR Alpha

PERLAWANAN PERTAMA

Pada minit awal permainan, Renbo telah mengalami kesukaran untuk kekal berada di dalam lane. Beliau sering diasak oleh Drian yang menggunakan Selena. Selain itu, Sanz juga sempat mendapatkan buff merah milik BTR seterusnya menyukarkan Branz untuk terus farming.

Di minit keempat permainan, Sanz sudah berjaya mendapatkan 4 kill keseluruhan untuk meningkatkan lagi kadar penguasaan permainan. Pertarungan di lane bawah ternyata terlalu sukar bagi pasukan BTR untuk menghadapinya, mereka telah kehilangan 4 orang ahli di dalam pertarungan itu.

Onic Esports mengambil peluang itu untuk mendapatkan Lord dan terus menghabiskan permainan pada minit ke-11. Sanz tidak dapat dibendung di dalam permainan itu, dengan mata kill sebanyak 9.

PERLAWANAN KEDUA

Berbeza dengan perlawanan pertama, kedua-dua pasukan dilihat setaraf dalam farming dan teamfight. Namun begitu, pada minit ke-12 dilihat pasukan BTR sedang mengawal permainan. 

Maxxx dan Branz berada di peringkat teratas terkaya, seterusnya pertempuran pada minit ke 18 telah menukarkan situasi pasukan Onic Esports yang berjaya membunuh 3 orang ahli pasukan BTR. Kiboy yang menggunakan Jawhead berjaya mengangkat Kyy sebagai Natalia ke arah pasukannya dan follow up terhadap 2 orang lagi ahli pasukan BTR.

Pada minit ke 24, Matt dan juga Kyy terbunuh menyebabkan Onic Esports mudah mengambil Lord. pushing yang terakhir bersama Lord berjaya memberikan mereka kemenangan buat kali kedua untuk pasukan Onic Esports.

RELATED NEWS

+