"> " /> " />

MPL MENA dapat ekstra slot ke Wild Card M5

MOONTON Games hari ini mengumumkan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) sah menjadi rantau ketujuh yang akan bertanding di peringkat Wild Card kejohanan dunia MLBB, M5 yang akan diadakan di Malaysia.

Salah satu wakil MENA akan bertanding di Wild Card mengikut keputusan dari MPL MENA musim luruh yang dianjurkan. Ini adalah satu slot ekstra ke Wild Card kerana juara MPL MENA turut mendapat jemputan terus ke M5.

Playoffs MPL MENA berakhir 21 Oktober ini dan kita bakal saksikan siapakah juara liga dan pasukan mana akan bertanding di Wild Card.

Wild Card akan dihoskan di Malaysia pada November ini. Senarai rantau bertanding setakat ini:
– Eropah Timur dan Asia Tengah (EECA)
– Amerika Latin
– Malaysia
– Rantau Mekong
– Mongolia
– Asia Selatan
– MENA
– TBC

Lapan pasukan ini akan bertanding untuk dua slot ke M5 di Filipina yang mana hadiah terkumpul AS$900,000 menanti.

RELATED NEWS

+