MPL MY keluarkan kenyataan tentang isu Madness Esports

Kemelut di antara pemain dan jurulatih Madness Esports yang berlaku untuk beberapa bulan ini akhirnya dijawab pihak MPL MY.

Di dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh pihak MPL MY menyatakan bahawa mereka sudah melakukan siasatan terhadap isu ini.

“Pihak MPL MY mendapati bahawa Madness Esports tidak membayar gaji sepenuhnya mengikut perjanjian yang sudah ditetapkan di dalam kontrak pemain dan jurulatih pasukan,” ujar MPL MY.

Menurut MPL MY, mereka akan menghukum organisasi itu dengan mengikut buku peraturan di mana:-

  1. MPL MY akan membeku hadiah kemenangan Madness Esports kerana organisasi gagal menunaikan janji mengikut kontrak.
  2. MPL MY akan menyalurkan hadiah kemenangan tersebut terus kepada pemain dan jurulatih Madness Esports.

MPL MY mengakhiri kenyataan mereka dengan mengharap bahawa kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian dengan baik.

Isu ini timbul selepas pemain dan jurulatih Madness Esports dilaporkan tidak mendapat apa yang dijanjikan dalam kontrak mereka.

Ia bermula selepas Pengurus Besar mereka tidak membayar ahli pasukan Madness Esports serta tidak memberi barang keperluan seperti telefon pintar kepada pemain yang mahu bersiap sedia menghadapi musim liga MPL musim ini.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Madness Gaming (@themadnessgaming)

“Selama empat bulan ini kita orang tidak receive (terima) apa-apa monthly payment (bayaran bulanan),” ujar Mynt, jurulatih Madness Esports.

Dia menambah bahawa Madness Esports hanya menerima RM100 daripada organisasi sebagai belanja harian untuk semua pemain setiap hari.

 

@mygameondotmy Kenyataan @D’ace dan @MAD Mynt. 🇲🇾 tentang masalah dilanda Madness Esports #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming #mygameon #madnessesports ♬ Dj London Bridge Funkot – DJ Oneng

Penganalisis Madness Esports, D’Ace mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu pasukannya ketika mereka menghadapi masalah ini.

Madness Esports akan bertemu dengan Team Lunatix pada hari pertama pusingan Playoffs MPL MY.

RELATED NEWS

+