Mythical Immortal rank baharu di MLBB?

Selepas penambahan rank baharu iaitu Mythical Honor pada musim ke-28, kini Moonton mahu menambah satu lagi rank selepas Mythical Glory.

Ini selepas satu ciapan di Reddit oleh honey-sweet yang membocorkan berita itu di subreddit MobileLegendsGame.

Rank ini dinamakan sebagai Mythical Immortal.

Untuk mencapai Mythical Immortal, seorang pemain perlu sekurang-kurangnya mencapai 100 bintang.

New rank “mythical immortal”
by u/honey-sweets in MobileLegendsGame

Namun ada segelintir pemain MLBB yang tidak bersetuju dengan idea ini.

Ada yang mahu sistem matchmaking dibetulkan di mana pemain di Mythic tidak mahu berjumpa dengan pemain di Legend.

Pemain tidak mahukan rank ini kerana mereka menggangap bahawa terlalu banyak sangat rank di Mythic.

Buat masa sekarang, rank ini masih dalam fasa pembangunan dan pelbagai pertukaran akan berlaku.

RELATED NEWS

+