NAVI menubuhkan skuad VALORANT baharu

Organisasi e-sukan popular Ukraine, Navi mengumumkan penubuhan skuad baharu VALORANT, yang pertama buat organisasi itu.

Mereka memperkenalkan pemain pertama, seorang remaja berbakat 17 tahun dari Rusia, Kirill “Cloud” Nekhozin. 

Beliau sudah bertanding di arena profesional bermula awal tahun ini dan meraih sebanyak AS$5,000. Kirill juga memenangi VCT 2021: CIS Challengers sebanyak dua kali.

NAVI juga masih mencuba pemain lain dalam tryout dan mereka akan mengumumkan pemain-pemain lain tak lama lagi.

RELATED NEWS

+