nitr0 sah tinggalkan pasukan VALORANT 100 Thieves

Organisasi e-sukan Amerika Utara, 100 Thieves sedang melakukan persediaan untuk menghadapi VCT musim 2022 dengan merombak barisan roster VALORANT mereka. 

Pihak 100 Thieves mengumumkan nitr0 atau Nick Cannella disahkan berundur daripada organisasi itu, melalui akaun Twitter mereka.

Nitr0 sertai 100 Thieves sejak Ogos 2020, pernah bermain untuk organisasi itu di pentas Master Berlin dan beraksi untuk NA Last Chance Qualifier.

Pengunduran nitr0 ini juga sudah menimbulkan beberapa khabar angin bahawa dia kemungkinan akan kembali ke pentas CS:GO, selepas dia dilihat bermain beberapa permainan anjuran FACEIT. 

Selain nitr0, 100 Thieves juga melepaskan beberapa pemain lain iaitu, Josh ‘steel’ Nissan, Quan ‘dicey’ Tran dan Aaron ‘b0i’ Thao. Steel kini sudah pun disahkan bermain untuk pasukan VALORANT T1.

Sumber: Dexerto.

RELATED NEWS

+