Menurut beberapa sumber laporan, 100 Thieves, sebuah organisasi e-sukan Amerika Utara dilaporkan telah mengeluarkan salah seorang roster mereka, Joshua “steel” Nissan, dan posisinya akan diganti oleh pemain simpanan, Aaron “b0i” Thao, menurut Upcomer.
Sources: 100 Thieves player Steel has been dropped from the roster.
The organization will field b0i as his replacement. 100T is set to play in the #VCT LCQ next month for one last shot at Champions.
The story is developing.
Read via @Upcomer: https://t.co/LmouGc9NL7
— George Geddes (@GeorgeCGed) September 25, 2021
Tindakan ini berikutan prestasi Steel yang agak lemah ketika VCT Masters Berlin yang berlangsung awal September lalu. Selain itu, Steel juga menyatakan dia “tidak boleh fokus dan berasa kosong” ketika kejohanan itu.
“Sebagai in-game leader, tidak mampu memberi arahan adalah suatu yang buruk.” katanya lagi.
Pada VCT Masters Berlin, 100 Thieves, memperoleh tempat keempat bagi keseluruhan kejohanan selepas tewas kepada Envy di pusingan separuh akhir.
Pasukan mereka akan mengambil bahagian di Last Chance Qualifier untuk zon Amerika Utara bagi melayakkan diri ke Champions 2021 Disember kelak. North Amerika VCT Last Chance Qualifier akan berlangsung pada 12 Oktober ini.
Sumber: Dot Esports, Upcomer.