khabar angin sahaja tetapi ini benar-benar berlaku."> khabar angin sahaja tetapi ini benar-benar berlaku." /> khabar angin sahaja tetapi ini benar-benar berlaku." />

Overwatch Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada 15 Oktober

Rupa-rupanya ini bukan khabar angin sahaja tetapi ini benar-benar berlaku.

Dalam persidangan Nintendo Direct baru-baru ini, Overwatch akhirnya bakal tiba di konsol Nintendo Switch. Jom kita saksikan trailer pengumuman di bawah:

Overwatch merupakan sebuah permainan first-person shooter (FPS) yang dibangunkan oleh Blizzard dan dilancarkan pada 2016. Dalam permainan ini, korang boleh main 31 hero dengan kebolehan tersendiri seperti Tracer, Mei, Genji dan paling terbaru, Sigma

Khas untuk Switch, Overwatch akan mempunyai cara permainan baru iaitu ‘gyro control’ iaitu menggerak-gerakkan seluruh konsol Switch korang seperti bermain 1-2 Switch.

Paparan ‘gyro control’ Overwatch di Switch

Korang boleh pra-tempah sekarang untuk menerima skin Noire Widowmaker dan langganan Nintendo Switch Online selama 3 bulan.

Overwatch Legendary Edition bakal dilancarkan di Nintendo Switch pada 15 Oktober 2019.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+