Overwatch: Peta Paris Baru Kini Tiba Di PC, PS4 & Xbox One

Blizzard telah melancarkan peta baru, Paris untuk Overwatch. Kehadiran peta turut menambahbaik masalah dan isu-isu bug lain.

Peta Paris adalah peta ke-5 untuk mod Assault di mana pasukan serangan dan pertahanan harus bertempur untuk mengawal dan mempertahankan poin tangkapan. Peta ini diinspirasikan oleh suasana ibu negara Perancis dan menampilkan jalan sempit, lorong pejalan kaki, koridor dan pelbagai kedai yang diselusuri pemain. Mercu tanda kota Paris sebenar turut dimasukkan ke dalam Overwatch seperti Cabaret Luna, Pâtisserie Galand dan Maison Marat.

Perang di kota cinta

Sebelum ini, peta Paris telah diuji oleh pemain dalam PTR wujud di PC sahaja. Ini merupakan pertama kali peta Paris dimainkan di platform lain. Selain itu, Blizzard meletakkan patch baru untuk menambahbaik keseluruhan prestasi game dan memperbaiki isu dihadapi oleh sesetengah hero seperti menghalang Symmetra untuk teleportasi ke tempat tidak diingini dan banyak lagi.

Beberapa hero turut diturunkan sedikit iaitu masa pengunaan ‘Defense Matrix’ D.Va dipanjangkan lagi dari 1 saat ke 2 saat manakala Ultimate Brigitte hanya bertahan selama 30 saat sahaja. Korang boleh baca keseluruhan nota patch di sini.

Patch 1.33.0.1 boleh dimuat turun ke dalam Overwatch di PC, PS4 dan Xbox One bermula hari ini (20 Februari 2019).

RELATED NEWS

+