Hampir semua game online kompetitif berperang dengan cheater yang tak habis-habis mengganggu perlawanan yang membabitkan pemain lain untuk bersaing dengan sihat sekaligus merosakkan mood kita untuk bermain. Ini menyebabkan pembangun game gunakan pelbagai cara untuk hentikan gejala ini seperti guna sistem pengesan cheater dan sebagainya.
Kalau Apex Legends letak semua cheater dalam satu match yang sama, Overwatch pula terus kasi semua orang tak boleh main. Dalam satu video Developer Update yang membincangkan perkara baru hadir dalam Overwatch, pengarah game, Jeff Kaplan mendedahkan Blizzard akan memberhentikan seluruh perlawanan sekiranya mereka mendapati ada cheater.
Kami tidak pasti bagaimana Blizzard boleh dapat kesan penipuan dalam game tetapi Kaplan berjanji hanya cheater sahaja akan dikenakan tindakan keras. Korang juga tidak akan hilang mata SR daripada competitive match walaupun ada pemain yang cuba sabotaj perlawanan.
Seorang pengguna di Twitter, Skiesti telah terserempak dengan perlawanan yang mengesan penipu dan ya, dia terus dikeluarkan dari perlawanan. Kemudian, notis amaran seperti di bawah muncul di skrin.
never seen this before pic.twitter.com/AhE6FFiLkD
— Skiesti (@skiesti_) June 28, 2019
Menurut Kaplan, ia telah dimasukkan ke dalam server Public Test Realm (PTR) tetapi tidak memberi tarikh sebenar bila ciri pengesan ini bakal hadir ke semua platform.