Square Enix telah mengumumkan sebuah permainan mudah alih baharu bertajuk Final Fantasy VII: The First Solider. Ia merupakan sebuah permainan battle royale yang akan dilancarkan di peranti iOS dan Android pada tahun ini.
Antara ciri-ciri istimewa The First Soldier berbanding permainan-permainan battle royale lain ialah ia mempunyai kuasa-kuasa magik dan juga sistem pertarungan jarak dekat yang agak mendalam.
Menurut Square Enix, permainan ini berlangsung 30 tahun sebelum bermulanya jalan cerita Final Fantasy VII. Para pemain akan bermain sebagai calon-calon program SOLDIER yang dianjurkan oleh Shinra Corporation di Midgar.
Pada waktu ini, Square Enix masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini tetapi mengesahkan ia akan tiba pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Final Fantasy VII: The First Soldier (Bahasa Jepun).
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.