Permainan Star Wars: Squadrons diperincikan dalam trailer baharu

Electronic Arts (EA) dan Motive Studios telah mengeluarkan sebuah trailer baharu untuk permainan video kapal angkasa mereka Star Wars: Squadrons di pembentangan EA Play Live June 2020.

Trailer ini mempertunjukkan permainan judul tersebut dan memperincikan pelbagai aspek-aspek penting seperti jenis-jenis kapal angkasa dan juga dua mod multi-pemain yang akan dimasukkan.

Mod multi-pemain utama dinamakan Fleet Battles. Ia mempunyai beberapa fasa pertahanan dan serangan di mana objektif utama ialah untuk memusnahkan flagship pihak musuh.

Dogfight Modes pula merupakan mod multi-pemain 5v5 antara pihak Empire dan New Republic. Dalam kedua-dua mod ini, pemain boleh memilih beberapa jenis kapal angkasa berbeza dan juga memasangkan komponen istimewa.

Star Wars: Squadrons akan dilancarkan pada 2 Oktober tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+