Platform kriptowang Singapura, Coinhako menaja pasukan Mobile Legends, ALMIGHTY

Sebuah platform perdagangan kriptowang Singapura, Coinhako kini memasuki pasaran e-sukan dengan menaja sebuah pasukan Mobile Legends, ALMIGHTY, bermula Julai 2021 hingga Julai 2022.

Pasukan ALMIGHTY menampilkan lima pemain berbakat dari Singapura, Gerrard Ng Zheng Wei (Nexqt), Javier Tan (Sky), Chai Mun Jun (Jun), Foo Jieyu (Risen) dan Randall Tay Guan Pin (Bush). 

Mereka diuruskan oleh sebuah kumpulan pemasaran dan bakat digital Gushcloud dan unit pengurusan bakatnya, Nixgen Entertainment.

Pasukan ini sebelum ini memperoleh tempat keempat dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) SG pada bulan Mei lalu, dan akan bersaing di dalam MPL Singapura musim kedua iaitu pada Ogos ini dan Pusingan Kelayakan SEA Games 2021. 

Dengan penajaan ini juga, ini secara langsung akan membantu membawa nama Coinhako ke seluruh Asia Tenggara, meliputi strim Twitch, kandungan Youtube dan Facebook ALMIGHTY. Nama Coinhako juga akan dipamerkan pada jersi FY 21/22 ALMIGHTY.

Penajaan Coinhako ini bukanlah penajaan pertama melibatkan syarikat kriptowang dalam industri sukan, seperti Coinbase bersama CS:GO, UFC bersama Crypto.com dan banyak lagi.

Dengan adanya kolaborasi ini, ianya akan membantu untuk merapatkan jurang kepercayaan antara kriptowang dan masyarakat, dan menjadikan kriptowang lebih mudah diakses dan menarik untuk semua lapisan masyarakat.

RELATED NEWS

+