PlayStation, Kini 25 Tahun Sejak Awal Pelancarannya

Sony PlayStation menyambut ulang tahun ke-25 hari ini, di mana PlayStation asalnya dilancarkan di Jepun pada 3 Disember, 1994.

Seiring dengan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan mengatakan 100,000 unit PS dijual pada hari pertama dan ia adalah konsol . pertama di dunia terjual lebih 100 juta unit dan PlayStation 2 pula pada 155 juta unit, paling laris dalam siri konsol itu.

“Pada awalnya, kami terbuka untuk bekerjasama dengan pembangun, memberikan mereka alatan dan teknologi untuk mencipta dunia yang cantik, terbentang luas dan mengeksperimen dengan idea baru. Ia kemudiannya membawa kepada penghasilan permainan video di PlayStation yang kita tahu, merentas generasi platform-platform,” katanya.

Dalam pada itu, mereka berhasrat untuk menyambut ulang tahun ini dengan promosi yang mungkin diadakan dan acara menarik lain di media sosial. PlayStation 5 pula akan dilancarkan pada tahun depan. Baca sneakpeek mengenai konsol alaf baru itu di artikel ini.

Nak terasa lebih nostalgia? Saksikan video nyahkotak PsOne di bawah:

RELATED NEWS

+