PMCO: ‘Kami Akan Cuba Yang Terbaik, Doakan Kami’ – Team Malaysia

Semalam, berakhir sudah hari pertama kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia.

Wakil Malaysia, Team Secret, Yoodo Gank dan ViP Squad berjaya mengharungi cabaran itu namun langit tak selalu cerah. Ada pasukan yang tak berjaya memberikan prestasi diharapkan tapi mereka akan cuba buat yang terbaik untuk hari ini.

Setakat semalam, skor mereka adalah seperti berikut:

 

Secret kekal di tempat keempat dengan 107 jumlah mata serta 26 kills, VIP pula di tempat kesepuluh dengan 71 mata (15 jumlah pembunuhan) manakala Yoodo Gank di tempat kelima belas dengan 37 mata (10 jumlah pembunuhan). Hanya Yoodo Gank saja belum memperoleh Chicken Dinner.

Apa persiapan mereka untuk hari terakhir ini? Jom ikuti temubual penulis bersama mereka.

 

Team Secret

“Kami rasa bernasib baik kerana bulatan berpihak kepada kami dan kerjasama sepasukan tu dah di tahap lebih baik selepas habis bermain di musim liga di China.

“Untuk hari pertama ini, kami bermain dengan selamat dan cuba elak pertembungan dengan pasukan lain.

“Kami juga dah tahu di mana lokasi mereka turun dan cuba kaji bagaimana rotasi yang akan digunakan,” kata BiuBiu ketika ditemui MyGameOn di Jakarta, Indonesia.

Menurutnya, Secret akan cuba terbaik hari ini dan menggunakan strategi biasa.

“Bergantung kepada bulatan di mana, kalau ada yang boleh loot, kami akan loot dulu dan sebaliknya. Tengok keadaan.

“Kami expect seberapa banyak Chicken Dinner hari ini dan kalau tak dapat pun, cuba taknak ‘terciduk’ awal,” katanya.

Artikel berkaitan: Secret dapat WWCD

 

Yoodo Gank

Bagi Yoodo Gank pula, mereka cuba kaji strategi baru untuk digunakan hari ini.

“Kami hanya gunakan strategi sama dan dapati ramai pasukan menggunakan taktik berlainan kali ini.

“Jadi hari ini kami akan cuba hadir dengan strategi baru untuk dapatkan placing di 8 teratas.

“Terima kasih kepada yang menyokong kami untuk sampai ke tahap ini walaupun kami jatuh. Kalau ada rezeki akan cuba buat yang lebih baik lagi di kejohanan seterusnya,” kata Drax.

 

VIP Squad

Skuad ini akan buat yang terbaik untuk sasarkan empat teratas bagi melayakkan diri mereka ke Berlin, Jerman.

“Kami akan kaji balik gameplay dan tengok mana yang silap.

“Pasal semalam Chicken Dinner tu, kami yakin dengan strategi dan circle juga memihak kepada kami. Saya menyorok di belakang pondok untuk memastikan tiada musuh dari lereng bukit dapat masuk bulatan.

“Insya-Allah hari ini kami akan buat yang terbaik. Terima kasih VIP Family kerana menyokong kami tanpa henti,” – kata Yakuza, kapten VIP Squad.

Artikel berkaitan: ViP dapat WWCD

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan 4 pasukan teratas yang akan layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

RELATED NEWS

+