PMCO: Syabas Skuad Malaysia, Teruskan Usaha Di Minggu Kedua!

Pada minggu pertama liga PUBG Mobile Club Open (PMCO) Musim Bunga yang diadakan sejak Rabu, Malaysia sudah berusaha berhabis-habisan untuk menyesuaikan diri bertanding dengan skuad dari Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja.

Mereka adalah Victorious In Play (VIP), AROV Esports, Junior Talent, Yoodo Gank dan Team Secret. Liga berlangsung selama lima minggu ini menyediakan hadiah wang tunai terkumpul RM107,890.

Mengikut rekod keseluruhan, skuad Harimau Malaya ini berjaya mendapatkan dua kali Chicken Dinner iaitu pada hari keempat di mana Yoodo Gank membolot WWCD pertama pada perlawanan kelima dan Junior Talent pada perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, hari ini skuad Malaysia tidak berjaya mendapatkan WWCD tapi skuad Yoodo Gank memperoleh rentak mereka dengan meraih top 4 beberapa kali dalam keseluruhan enam perlawanan.

Mengikut ranking keseluruhan bagi minggu pertama, Yoodo Gank berada di tempat ke-10 manakala Junior Talent di kedudukan ke-18, VIP (ke-19), AROV (ke-21) dan Team Secret (ke-23).

Selain Gank, pasukan Malaysia lain perlu memikirkan strategi dengan lebih mendalam bagi menaikkan anak tangga di kedudukan 10 teratas minggu depan.

Artikel berkaitan: 4 info penting tentang PMCO

Artikel berkaitan: 5 skuad Malaysia ke Shanghai, China

Artikel berkaitan: Chicken Dinner pertama milik Malaysia

RELATED NEWS

+