PMCO: Team Secret Di Tempat Ke-7, Harapan Masih Cerah

Dalam kejohanan PMCO Global Finals Prelims di Berlin, Jerman yang berlangsung sekarang, wakil Malaysia, Team Secret masih boleh menarik nafas lega selepas mengumpulkan 45 mata hingga perlawanan ketiga dan berada di tempat ketujuh.

Pada hari pertama ini, Team Secret tidak berapa menyerlah di perlawanan pembukaan tapi berada di kedudukan 5 teratas pada perlawanan kedua dan ketiga. Perbezaan mata antara nombor 5 dan 6 juga hanya mata dengan Secret dan mereka ada peluang cerah untuk mengejar dalam tiga baki perlawanan hari ini.

Team Secret dianggotai oleh BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan AlexER.

PMCO Global Finals Prelims bermula hari ini hingga esok (Ahad) menyaksikan 16 pasukan yang berentap merebut kedudukan 5 teratas untuk layak ke finals pada 26 Julai ini.

Finals akan berlangsung selama dua hari di Berlin, Jerman dengan hadiah kemenangan USD400,000 (RM1.6 juta). 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+