PMCO: Team Secret Nyaris Winner Winner Chicken Dinner..

Dalam perlawanan pembukaan liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang berlangsung di Shanghai, China sebentar tadi, pasukan Malaysia, Team Secret nyaris-nyaris saja mendapat Winner-Winner Chicken Dinner apabila bertarung nyawa dengan menggunakan first-aid kit namun nasib tidak menyebelahi apabila skuad Vietnam, ReaperKiller Esports berjaya menambahkan nyawa pada saat-saat terakhir.

Alexer menggunakan first-aid namun masa tidak menyebelahi apabila playzone terus mencederakan kedua-dua pemain.

Dengan itu, mereka memperoleh tempat ketiga dengan 16 mata manakala pasukan Malaysia lain, Yoodo di tempat kelima dengan 12 mata, AROV di tempat keenam dengan 11 mata dan VIP Squad di tempat ke-12 dengan hanya 3 mata.

Lima skuad negara, VIP Squad, Junior Talent, Yoodo Gank, AROV Esports dan Team Secret bertanding bermula 17 September hingga 13 Oktober ini dan mereka akan berlawan selama 4 minggu sebelum ke playoffs pada November nanti.

Dalam kejohanan yang membabitkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam ini akan menguji kehebatan bakat tempatan bertanding merebut hadiah wang tunai terkumpul RM129,310.

RELATED NEWS

+