PMCO: Yoodo Gank Teruskan Rentak Cemerlang – Raih WWCD Kedua

Pasukan Malaysia, Yoodo Gank mempamerkan prestasi luar biasa hari ini apabila menghadiahkan Winner Winner Chicken Dinner kedua buat Malaysia selepas membenamkan pasukan Thailand, MEGA Conqueror pada hari keempat liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split berlangsung di Shanghai, China.

Walaupun mencatatkan prestasi kurang memuaskan semalam di tangga ke-14, namun mereka berjaya membuat comeback!

Dalam bulatan terakhir peta Erangel, mereka berada di kedudukan terbaik kerana mendapat kelebihan tanah tinggi (highground). Ketika pasukan lain sedang bertarung sengit di kawasan perumahan, Yoodo mengambil kesempatan ini untuk memerhatikan dari highground dan menunggu saat akhir untuk menyerang.

Sedang bulatan makin mengecil, Team Secret terpaksa mara dan menangkap pemain MEGA dari tepi sekali gus mengurangkan jumlah pemain mereka kepada dua. Yoodo kemudiannya menangguk di air keruh dengan menembak dari jauh dan berjaya menjatuhkan Secret.

Pertempuran diteruskan apabila Yoodo memasuki kawasan rumah untuk menumpaskan satu-satunya ahli Vietnam, Huyga ketika itu. 

Kedudukan mereka di dalam rumah membantu skuad ini mendapatkan WWCD apabila MEGA merusuh ke dalam rumah namun gagal untuk mendapatkan mana-mana pemain. Tahniah kepada mereka!

Mereka seterusnya mendapatkan keseluruhan 37 mata untuk perlawanan kedua dengan 17 mata pembunuhan.

Di tempat kedua adalah Secret dengan 18 mata dan MGC di tempat ketiga.

Setakat perlawanan kelima, mereka mengumpul 69 mata, di belakang pasukan Indonesia, BTR yang mengaut keseluruhan 123 mata.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+