PMGC 2021: Dibahagi kepada zon Timur dan Barat, hadiah terkumpul RM25 juta

PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021 sudah diumumkan secara rasmi oleh pihak Tencent, dimana kejohanan dunia itu akan berlangsung bermula 30 November hingga 23 Januari 2022 dan pasukan akan dibahagikan mengikut Zon Timur dan Barat.

Kejohanan ini juga menawarkan hadiah terkumpul sebanyak US$6 juta (RM25 juta).

Kejohanan ini akan melalui dengan tiga peringkat iaitu Peringkat Liga, Liga Akhir dan Grand Final di mana Peringkat Liga dan Liga Akhir akan berlangsung secara serentak untuk kedua-dua zon. 

    • Peringkat Liga: 30 November hingga 19 Disember 2021
    • Liga Akhir: 22 Disember hingga 24 Disember 2021
    • Grand Finals: 21 Januari hingga 23 Januari 2022

Bagi Zon Timur, ia akan membabitkan pasukan-pasukan daripada Asia Tenggara, China, Jepun, Korea, Asia Selatan dan Middle East & North Africa (MENA).

Manakala, bagi Zon Barat pula akan membabitkan pasukan daripada benua Eropah dan Amerika Utara dan Selatan.

Zon Timur

Zon Barat

Kejohanan ini akan ditayangkan secara langsung secara eksklusif di saluran YouTube PUBG Mobile Esports Official, Facebook PUBG MOBILE Esports.

Sumber: AFK Gaming, Dot Esports.

RELATED NEWS

+