PMGC: Senarai kesemua pasukan layak ke Super Weekend 1

Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) baru saja menyaksikan peringkat liganya berakhir pada minggu pertama dan pasukan-pasukan layak ke Super Weekend 1 sudah pun ditemui!

Nampaknya tiada pasukan Asia Tenggara pun yang terlepas menyertai dan mereka semua layak selepas berhempas pulas selama dua hari ketika League Play. 

Bigetron RA memecut laju pada hari kedua dan berjaya mendapatkan tiga WWCD untuk menakluki tempat pertama dengan keseluruhan 110 mata. Team Secret juga berada di tempat keenam. Mereka selesa di tempat pertama, dua hari lepas dan sudah automatik layak ke Super Weekend 1.

Pasukan Thailand, RRQ Athena dan Secret Jin hanya sekadar berada di halaman kedua. Mereka pastinya mempunyai strategi untuk digunakan ketika Super Weekend 1 nanti.

Super Weekend 1 akan bermula esok hingga Ahad mengumpulkan 16 pasukan mengumpul mata untuk layak ke Final.

Hanya mata dikumpul ketika Super Weekend saja akan dikira untuk ke final.

Peringkat liga akan berlangsung selama empat minggu dan terdapat empat Super Weekend untuk disertai.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+