PMGC: Team Secret di tempat ke-13 secara keseluruhan, WWCD peta terakhir

Pasukan Team Secret berjaya mendapatkan WWCD di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC), semalam.

Pada peta terakhir Erangel, pasukan Team Secret berjaya mendapatkan bulatan pada minit ke-18. Mereka mempunyai kelebihan untuk menyekat pasukan lain daripada mara ke arah bulatan.

Seterusnya, pasukan Team Secret membuat camping di pintu gerbang bawah tanah. Madtoi berjaya menjatuhkan pasukan Alpha 7 dengan tembakan dari jarak jauh. Mereka berjaya mengumpul 2 kill setakat ini.

Pada minit ke-19, bulatan sekali lagi berpihak pada pasukan Team Secret. Madtoi dilihat berjaya menjatuhkan dua adik beradik kembar dari pasukan BTR iaitu Zuxxy dan Luxxy. 

Kemudian, pasukan 4AM cuba untuk merampas tempat camping pasukan Team Secret. Mereka muncul dari pintu gerbang bawah tanah yang dijaga rapi oleh pasukan Team Secret.

Pasukan Team Secret melakukan keajaiban setelah mereka berjaya meratakan 3 ahli pasukan 4AM di mana uHigh telah berjaya menjatuhkan sukk dan terus melompat dari atas pintu gerbang untuk menembak habis pasukan 4AM itu.

uHigh berjaya mengambil 3 knock akan tetapi beliau telah dijatuhkan dari tembakan arah lain. Madtoi dan Rexx berjaya membunuh 3 ahli pasukan 4AM yang dijatuhkan itu.

Malang sekali buat Madtoi apabila beliau cuba menyerbu ke arah Sven dari pasukan 4AM dan ditembak jatuh oleh Microboy. Dendam telah dibalas oleh iShotz apabila dia berjaya membunuh Microboy dan pasukan BTR dikeluarkan di tempat yang ke-5.

Pada minit yang ke-25. Madtoi dan Rexx cuba merusuh ke arah xHeavenx dari pasukan Abrupt Slayer menggunakan sebuah kereta. Meskipun Madtoi dijatuhkan, Rex berjaya membunuh xHeavenx.

iShotz kemudiannya melepaskan tembak terakhir ke arah ahli pasukan DRS Gaming dan mereka berjaya mendapat WWCD di peta terakhir hari kedua Super Weekend 3.

Pasukan Team Secret berjaya mengumpul 27 mata di peta terakhir ini. Dengan WWCD kali ini, mereka meletakkan diri mereka di tempat yang ke-13 di dalam carta Super Weekend dengan 162 mata.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+