PMGC: Team Secret tidak mara ke Super Weekend 2, BTR sekali lagi konsisten

Pasukan Team Secret berjuang untuk mendapatkan tempat di Super Weekend dalam kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat League Play minggu kedua. 

Pada peta terakhir Vikendi, pasukan Team Secret perlu berada di top 5 untuk mendapatkan tempat di Super Weekend.

Akan tetapi malang sekali setelah meratakan pasukan Loops Esports pada minit ke-19, iShotz telah ditembak jatuh. Mereka cuba menyelamatkan iShotz akan tetapi tidak mahu mengambil risiko tersebut setelah bulatan mula bergerak.

Selepas itu, mereka cuba membuat rotasi untuk masuk ke dalam bulatan yang jauh berada di hadapan mereka. Nasib tidak menyebelahi mereka setelah uHigh dan juga Madtoi dijatuhkan oleh pasukan RRQ dengan bom tangan.

Ahli pasukan mereka yang terakhir iaitu Rex cuba mendapatkan placing point dengan menggunakan baki First Aid Kits di dalam bulatan. 

Rex kemudiannya dibunuh oleh bulatan dan ini menjadikan pasukan Team Secret gugur di tempat yang keenam di peta terakhir ini.

Perbezaan jumlah mata mereka dengan pasukan Loops Esports dan KDA hanya dalam 7 mata dan ini menjadikan mereka tempat ke-19 dengan 45 mata.

Malang sekali buat pasukan Team Secret, mereka tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Super Weekend minggu ini.

Manakala pasukan BTR pula konsisten dengan permainan mereka meskipun tidak WWCD di hari kedua ini.

Hasil dari kumpulan mata pada hari pertama yang banyak memberikan mereka kelebihan untuk terus berada di kedudukan yang kedua dengan 103 mata. 

Manakala pesaing mereka Futbolist hanya berbeza 1 mata dengan 102 mata.

Empat hari Super Weekend akan dimainkan pada minggu ini bermula Jumaat hingga Isnin.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+