PMNC: Junior Talent Merapatkan Kedudukan, Kedua Di Belakang VIP

Walaupun keadaan tidak seperti memihak kepada mereka pada perlawanan ketiga kerana meraih 37 mata saja, tapi itu bukanlah penghalang bagi Junior Talent mengejar anak tangga dalam kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2019 Grand Finals hari ini.

Selepas meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pertama pada perlawanan kelima, mereka berjaya merapatkan kedudukan hanya di belakang VIP yang kekal kedudukan pertama dengan skor 109 berbalas 127 mata.

Bagaimanapun, prestasi VIP pada perlawanan ketiga dan keempat masih membimbangkan di mana mereka tersingkir awal sebentar tadi. 

Dalam kejohanan mempertandingkan prize pool RM114,000 ini, ia menyaksikan 12 pasukan dari enam lokasi iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor akan berentap bersama 4 skuad direct invited

Paling menarik untuk kejohanan kali ini, empat yang teratas akan layak ke PMCO Fall Split, satu lagi liga Asia Tenggara yang sama seperti Spring Split berlangsung selama lima minggu di Shanghai, China.

Mengikut turutan, Yoodo Gank berjaya memperoleh kelayakan pertama ke PMCO SEA Grand Finals sekali gus mereka dijemput secara terus ke Fall Split tanpa perlu bertanding di PMNC sementara Secret, Junior Talent, VIP Squad dan AROV masing-masing dipilih kerana mereka bermain di Shanghai selama lima minggu itu.

Gambar featured image: Junior Talent PUBG Mobile

 

RELATED NEWS

+