PMPL ID: BTR layak ke Super Weekend akhir, cari mata PMGC

Ramai di antara netizen Indonesia menggelarkan Bigetron sebagai pasukan badut dan peminat mereka sebagai Bociltron gara-gara mereka gagal ke super weekend minggu kedua.

Mengeruhkan lagi keadaan, jurulatih mereka yang berasal dari Malaysia, Jangs dikecam hebat oleh netizen. Meletakkan 100% kesalahan pasukan itu tidak perform kerana Jangs menukar lineup utama membawa masuk Liquid dan Kingz.

Walau bagaimanapun, Bigetron RA membuktikan kepada mereka di luar sana bahawa mereka masih layak untuk bergelar juara untuk musim kali ini dan melayakkan diri ke peringkat country final.

Pasukan BTR harus mengumpul sebanyak mata yang boleh di super weekend bagi mengekalkan kedudukan mata PMGC mereka di mana pasukan Genesis Dogma dan Bonafide hampir sahaja mencantas kedudukan mereka. 

Trio Ryzen, Zuxxy, Luxxy harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada uHigh bagi melakukan keajaiban dan membawa BTR menjadi juara dunia sekali lagi.

RELATED NEWS

+