PMPL SEA: Pasukan Malaysia cemerlang, BTR kecundang

Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile musim keempat kini sudah bermula. 20 pasukan bertarung untuk merebut wang hadiah lumayan serta 4 slot ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC).

Hari pertama di minggu pertama menyaksikan pasukan Malaysia konsisten semuanya untuk berada di dalam carta top 10. Manakala pasukan dari negara Thailand mengungguli carta kedudukan pertama dan kedua.

Geek Fam dan Axis Redone masing-masing berjaya mendapatkan chicken di hari pertama. Selain itu, pasukan 4Rivals dan Team Secret berjaya mendapatkan kedudukan 8 dan 9 meskipun tidak ada chicken. Mereka memperolehi mata dari placement dan kill.

Prestasi pasukan BTR pula dilihat semakin merosot sejak PMPL ID musim keempat tempoh hari. Mereka kini berada di kedudukan ke-17 dengan hanya 14 mata. 

Jika momentum dari pasukan Malaysia ini diteruskan dengan konsisten di hari kedua peringkat weekdays, maka mereka akan berjaya mara ke peringkat super weekend yang pertama minggu ini.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

RELATED NEWS

+