PMPL SEA: Pasukan Malaysia cemerlang dalam mengumpul mata di Super Weekend

Peringkat super weekend minggu kedua Liga PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL Sea) musim keempat menyaksikan pasukan Malaysia bermain dengan begitu cemerlang untuk mengumpul mata. 

Pengumpul mata terbanyak di peringkat liga akan mendapat slot ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) serta peringkat akhir PMPL Sea.

Setakat hari kedua super weekend minggu kedua, pasukan Geek Fam sudah mengumpul sebanyak 241 mata keseluruhan dan kini berada di kedudukan kedua di dalam carta.

Sementara itu, pasukan Axis Redone dan juga 4Rivals menyusul di tempat keempat dan kelima dengan 230 dan 222 mata. Manakala, pasukan Team Secret berada di kedudukan ke-9 dengan 175 mata.

Team Secret sudah pun menempah slot ke PMGC selepas mereka berjaya mengumpul mata ke PMGC tempoh hari. Kini hanya berbaki 3 pasukan Malaysia yang harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan baki slot itu.

Semoga pasukan Malaysia berjaya konsisten untuk mendapatkan slot yang pertama ke PMGC di dalam PMPL Sea musim keempat kali ini. 

RELATED NEWS

+