PMPL: Team SMG raih Winner-Winner Chicken Dinner pertama, Putra cipta kejutan

Pertarungan sengit di bulatan terakhir di peta Miramar membuahkan hasil bagi pasukan SMG apabila mendapat kelebihan di atas kesilapan pasukan EVOS VIP yang dahagakan pembunuhan di kompaun terakhir.

Walaupun pasukan Bosskurr di bawah, mereka ada posisi yang cukup mantap bagi menghadapi serangan VIP. Pertarungan antara SMG dan Geek Fam di kompaun terakhir juga menunjukkan SMG lebih berkuasa apabila berjaya meratakan mereka semua.

EVOS seterusnya menghidu pasukan SMG namun terlalu yakin dan ditewaskan satu demi satu.

Bagaimanapun Putra adalah pemain bintang apabila berjaya menewaskan saki baki pemain Bosskurr ketika clutch terakhir dengan begitu tenang.

Team SMG seterusnya mengumpulkan 39 jumlah mata dalam perlawanan pertama ini dan 24 mata bunuh!

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+